Tuesday, 13 November 2012

Jakel Year End Sales 2012-SB Bridal Semua House

Eh, Hi.

Tadi aku pergi jalan-jalan kat Jakel Jalan TAR and SEMUA HOUSE. Dekat Jakel ada sales sekarang. Year End Sales Jakel 2012. Memang murah kain kat sana. Berbaloi kalau nak pergi shopping sekarang. Aku survey kain chiffon and lace.

Chiffon - RM9.90 Semeter
Chiffon tebal - RM9.90 Semeter (jenis elok)

Lace agak mahal bagi aku. Tak pe, nanti aku survey lagi k. Lambat lagi majlisnya. Sempat nak cari lagi. Tapi dekat SB Bridal dalam Semua House. Memang berbaloi bagi aku.

Kain lace 4 m + Kain linning dalam jenis satin 4 m + kain untuk buat baju melayu lelaki = RM150 sahaja. Ada banyak pakej. Kalau nak lace lagi lawa ada dari harga RM150-RM270. Kain ada banyak color. Memang sangat berbaloi. Kalau nak minta tailor SB Bridal tu jahitkan baju untuk kita sekali pon boleh. Memang lawa baju yang dia jahit.

Mak aku ada plan nak tempah baju untuk pengantin nak pakai bulan 3 tahun depan. Bukan untuk aku ye. Mak aku ada buat sewa baju and pelamin. So nanti aku pergi tempah and dah siap aku masukkan dalam blog ni ye. Harap bersabar.

Sehingga next entry.

Salam sayang.
-orkid hutan-

No comments:

Post a Comment