Eh, Hi.
Apa kata entry pertama secara serius kita mula dengan senarai hantaran tunang. Aku mungkin tidak berapa arif bab hantaran tunang ni. Mungkin lain orang lain cara. Kalau ikut cara aku. Bukan cara mak aku atau bakal mak mertua (ewah, dah pandai kau melawan) aku suka masa tunang just bawang barang-barang simple. Lebih kepada makanan. Aku dah bincang dengan mak and kakak. Kata mak. Suka hati aku la nak buat macam mana. Sebab mak aku jenis yang tak da nak ikut adat ke apa sangat. Janji majlis jalan.
Aku suka benda yang simple but nice. Simple means simple di mata aku. Aha! Mendalam kan. But its okey as long as aku rasa lawa. Aku okey.
Antara plan barang hantaran dari aku untuk belah lelaki :
1. Baju Melayu (baju nikah) / Kain untuk buat baju melayu
2. Cupcake / Kek
3. Kain Pelikat & Sejadah
4. Buah-buahan
5. Tepak Sirih
6. Choclate
7. Biskut
Antara plan barang hantaran belah lelaki untuk aku :
1. Cincin & Sirih Junjung
2. Baju nikah
3. Telekung & Sejadah
4. Cupcake / Kek
5. Buah-buahan
Eh, macam tak aci. Sebab lelaki bagi sikit je. Ikut adat. Mana pernah adil. HAHA. Itu adalah antara barang hantaran yang aku plan.
Sampai sini sahaja dulu.
Salam sayang.
-orkid hutan-
No comments:
Post a Comment