Wednesday 14 November 2012

Baju Tunang Simple-2012

Eh, Hi.

Aku ada buat some survey untuk baju tunang aku. Aku nak yang simple. Aku rasa tunang is for keluarga belah lelaki nak berkenalan dengan keluarga aku. Masa ni nak tanya nak ikat berapa lama and kenduri bila. Kata Dia, masa tunang ni la keluarga aku dengan keluarga dia nak kenal-kenal. So, aku nak yang simple and mudahkan aku kesana kesini. Kalau labuh meleret bagai kan susah aku nak beramah mesra dengan bakal family in law nanti. HAHA

Let share some ideal design untuk baju tunang yang simple or maybe boleh buat baju nikah. Sebab memang la cantik baju-baju ni.

Baju ni sangat lawa. Simple but yet elegance. Aku suka cara kain dia flow and jatuh. Nampak ayu sangat if sesiapa pakai untuk tunang or nikah pon boleh. Bagi aku, design macam ni sangat lawa untuk tunang. Maybe masa nikah ada yang nak letak beeding bagai. Boleh la add on sendiri.

 Ini memang sangat sesuai untuk nikah. Putih suci. Tapi untuk orang bertudung maybe beeding boleh letak dekat bawah baju or lengan. Sebab kalau dekat dada, tak nampak pon nanti bila dah pakai tudung kan.

Still simple but nice. Boleh tambah beeding sendiri if korang nak nampak lebih menarik.

Sumber form minaz. Custome made. Untuk nikah sangat lawa. Selalu orang pilih warna putih and lembut. Tak salah kalau ambil warna lain kan?
One of my favorite design from minaz. Aku suka kain dia, design dia. Warna dia. Memang sangat menarik hati.
 Lagi dari minaz.
And also from minaz.

Kalau ada sesiapa nak order custom made dari minaz. Boleh cari diorang di FB minazboutiquestudio.com.

Sehingga next entry.

Salam sayang.
-orkid hutan-

Tuesday 13 November 2012

Jakel Year End Sales 2012-SB Bridal Semua House

Eh, Hi.

Tadi aku pergi jalan-jalan kat Jakel Jalan TAR and SEMUA HOUSE. Dekat Jakel ada sales sekarang. Year End Sales Jakel 2012. Memang murah kain kat sana. Berbaloi kalau nak pergi shopping sekarang. Aku survey kain chiffon and lace.

Chiffon - RM9.90 Semeter
Chiffon tebal - RM9.90 Semeter (jenis elok)

Lace agak mahal bagi aku. Tak pe, nanti aku survey lagi k. Lambat lagi majlisnya. Sempat nak cari lagi. Tapi dekat SB Bridal dalam Semua House. Memang berbaloi bagi aku.

Kain lace 4 m + Kain linning dalam jenis satin 4 m + kain untuk buat baju melayu lelaki = RM150 sahaja. Ada banyak pakej. Kalau nak lace lagi lawa ada dari harga RM150-RM270. Kain ada banyak color. Memang sangat berbaloi. Kalau nak minta tailor SB Bridal tu jahitkan baju untuk kita sekali pon boleh. Memang lawa baju yang dia jahit.

Mak aku ada plan nak tempah baju untuk pengantin nak pakai bulan 3 tahun depan. Bukan untuk aku ye. Mak aku ada buat sewa baju and pelamin. So nanti aku pergi tempah and dah siap aku masukkan dalam blog ni ye. Harap bersabar.

Sehingga next entry.

Salam sayang.
-orkid hutan-

Wednesday 7 November 2012

Kain Lace Chiffon-2012 Trend


Eh, Hi.

Aku dah servey jenis kain dan warna yang aku nak buat baju untuk tunang. Bila aku tanya Dia.

“Awak, baju tunang nanti nak warna cerah ke lembut?”

“Terang dan cerah. Nanti masa NIKAH baru kita guna warna lembut. Bila lagi awak nak pakai baju cerah-cerah ni kan.”

Aah kan. Kalau masa nikah pakai baju cerah aku takut tok kadi yang nak nikahkan kitorang nanti gugup pula. Eh, tok kadi pula gugup. Padahal aku takut Dia yang gugup nanti. HAHA. *ada kena mengena ke dengan warna baju?*

Salah satu kain yang aku survey adalah jenis lace chiffon. Sekarang kan tengah in jenis kain ni. Aku pon nak in juga lah walaupon tak de la up-to-date sangat. Belagak je konon up-to-date. Aku ni jenis pemalas nak berjalan cari kain. So, cara mudah adalah aku survey dulu sesiapa yang pernah beli kain jenis ni. Or mana-mana online shop yang jual. Kan cara ni jimat masa. Paham la sikit. Dia tu bukan jenis yang suka nak round-round then round lagi and round lagi baru beli. Kalau boleh Dia tu jenis yang nak tahu complete semua.

Alamat kat mana kedai tu. Harga semester berapa. Berapa meter kita nak beli. Warna apa and macam mana design nak buat. Pendekkan cerita. Memang sejam je dalam kedai. Keluar nak baju dah siap. Lelaki, memang macam tu kan? Ke Dia je macam tu? HAHA

So, sini aku bagi beberapa link yang aku survey untuk cari Kain Lace Chiffon and online shop yang aku rasa menarik jual kain.


Sehingga next entry.

Salam sayang.
-orkid hutan-

Hantaran tunang simple-style 2012

Eh, Hi.

Apa kata entry pertama secara serius kita mula dengan senarai hantaran tunang. Aku mungkin tidak berapa arif bab hantaran tunang ni. Mungkin lain orang lain cara. Kalau ikut cara aku. Bukan cara mak aku atau bakal mak mertua (ewah, dah pandai kau melawan) aku suka masa tunang just bawang barang-barang simple. Lebih kepada makanan.  Aku dah bincang dengan mak and kakak. Kata mak. Suka hati aku la nak buat macam mana. Sebab mak aku jenis yang tak da nak ikut adat ke apa sangat. Janji majlis jalan. 

Aku suka benda yang simple but nice. Simple means simple di mata aku. Aha! Mendalam kan. But its okey as long as aku rasa lawa. Aku okey. 

Antara plan barang hantaran dari aku untuk belah lelaki :
1. Baju Melayu (baju nikah) / Kain untuk buat baju melayu
2. Cupcake / Kek
3. Kain Pelikat & Sejadah
4. Buah-buahan
5. Tepak Sirih
6. Choclate 
7. Biskut

Antara plan barang hantaran belah lelaki untuk aku :
1. Cincin & Sirih Junjung
2. Baju nikah
3. Telekung & Sejadah
4. Cupcake / Kek
5. Buah-buahan

Eh, macam tak aci. Sebab lelaki bagi sikit je. Ikut adat. Mana pernah adil. HAHA. Itu adalah antara barang hantaran yang aku plan. 

Sampai sini sahaja dulu.

Salam sayang.
-orkid hutan-

Tuesday 6 November 2012

Salam Blogger Baru

Eh, Hi. 

Finally tercipta satu blog baru. Mungkin kalau tengok tajuk boleh paham apa isi kandungan yang bakal ada dalam blog ini. Harap aku boleh manfaatkan blog ini untuk aku dan mungkin juga untuk rakan maya sekalian. Aku hulurkan salam perkenalan di sini. Di mana entry pertama di blog ini. InsyaAllah blog ini akan aku penuhkan dengan segala info dan review untuk bakal-bakal pengantin.

Aku harap segala yang tertulis disini bakal menjadi rujukan yang bermanfaat untuk semua dan juga aku kelak. 

Sebagai penutup entry. Jumpa di lain update. 

Salam sayang.
-orkid hutan-